KENAPA PERLU SETTING APN

Pernahkah anda tiba-tiba mengalami masalah sambungan Internet tanpa apa ikon 3G, E atau H walaupun kad sim telah dimasukkan berulang kali. Dan pada masa tersebut ikon signal ada dan penuh (full bar), tetapi tiada ikon tambahan '3G' atau 'H'. Tahukah ikon ini menunjukan Akses Data atau Mobile Data sedang digunakan. Ketiadaan ikon kecil berkemungkinan kesilapan konfigurasi network yang dikenali sebagai APN.

Apakah itu APN & fungsinya ?
Titik capaian dikenali sebagai Access Point Name (APN) berperanan sebagai konfigurasi perantara yang menghubungkan peranti dengan pelayan (server) telco untuk capaian jalur lebar Internet & akses pelayan MMS. Sesetengah peranti yg mempunyai firmware terkini menyimpan database tetapan Telco seluruh dunia. APN ini berubah secara automatik mengikut telco simkad yang dimasukkan.
Tetapi ada peranti yg menggunakan firmware atau custom rom yg tiada database APN dimana peranti tidak boleh menentukan APN secara automatik selepas kemasukan kad sim. Apabila ini berlaku tetapan APN ini dengan sendirinya 'kosong' dimana peranti gagal membuat sambungan internet. Untuk membetulkan semula APN ia perlu dimasukan secara manual dengan memasukkan nama pelayan mengikut telco simkad yang digunakan....TERUSKAN MEMBACA... http://1xoxseremban.blogspot.my/2016/05/setting-apn-onexox.html

Komen