BAGAIMANA TELCO-TELCO DI MALAYSIA MEMBUAT KEUNTUNGAN BERGANDA-GANDA DARIPADA PENGGUNA MEREKA ?
Selain mengenakan cas yang MUNGKIN berpatutan untuk panggilan telefon, SMS dan internet .
Kebanyakan syarikat-syarikat Telco mengaut keuntungan yang berganda-ganda setiap tahun tanpa pengguna sedari. Antaranya ialah :
1. Voice mail message - Apabila anda membuat panggilan kepada rakan tetapi mereka tidak angkat, telefon ditutup, berada di luar kawasan atau sebagainya. Kemudian operator pula yang tolong jawab "sila tinggalkan pesanan anda".
Dalam 100 panggilan yang dilakukan hampir 30-40 panggilan akan masuk ke voice mail. Dan setiap kali masuk ke voice mail , anda akan di kenakan cas mengikut blok panggilan samada 30 saat ,1 minit atau 3 minit. Walaupun anda langsung tidak meninggalkan sebarang pesanan suara tapi masih di kenakan cas yang boleh dianggap mahal.
Sebab apa mahal? Walaupun tidak guna, tetap di kenakan cas untuk kadar 1 minit. Bayangkan kalau 1 minit anda di cas 25 sen - 38 sen. Kalau dah kena 10 kali, berapa kredit anda di tolak?
2. Cas per Blok - Syarikat-syarikat telco mempunyai blok panggilan tersendiri. Ada yang 30 saat, 1 minit
dan 3 minit untuk setiap blok. Kebanyakan menggunakan 1 minit per blok bagi setiap panggilan.
Walaupun pengguna membuat panggilan tidak sampai 30 saat tetapi mereka tetap akan di cas selama 1 minit.
Mengikut kajian 80 % pengguna telefon bimbit menggunakan perkhidmatan ini dibawah 30 saat.
Bayangkan 1 minit bersamaan 28 - 38 sen. Anda tetap di kenakan pada rate yang sama walaupun guna sekejap sahaja.
3. Drop call - Masalah talian terputus secara tiba-tiba. Dalam tempoh 10-15 minit kita bercakap melalui telefon, talian boleh terputus sehingga lima atau enam kali.
Keuntungan boleh didapati daripada setiap 20 saat panggilan pertama yang dibuat oleh pengguna kerana apabila talian terputus pengguna terpaksa membuat panggilan demi panggilan. Masalah ini sudah banyak di laporkan pada pihak yang berkenaan tetapi perkara ini tetap berulang dan membebankan pelanggan.
4. Pay per use - Apabila anda melanggan data internet dengan kadar berpatutan kemudian setelah habis quota data yang digunakan. Tanpa disedari, anda masih menggunakan data internet tersebut dan dicas melalui kredit anda dengan kadar yang agak mahal.
Perkara ini selalu berlaku pada pelanggan yang melanggan data. Tanpa disedari, mereka sudah menggunakan lebih dari quota yang dibenarkan. Tanpa sebarang peringatan, kredit pelanggan akan ditolak mengikut kadar yang telah di tetapkan seperti 10 sen untuk 10kb.
1MB = 1000kb = RM10
Kegiatan untuk email dan membuka laman internet - 0.02 - 0.05 MB setiap aktiviti.
Menghantar atau menerima gambar - 0.10 - 0.25 MB setiap aktiviti
Memuat turun fail muzik - 4 - 6 MB setiap aktiviti
Membuka atau memuat turun video berdurasi 3-5 minit - 20-30 MB
5. Spam SMS - Langganan automatik seperti caller ringtone, wallpaper, undian untuk realiti show, gambar untuk MMS, tips dan nasihat, horoskop, info segala info dan banyak lagi. Kebiasaan dilanggan oleh pelanggan sendiri secara sedar atau tanpa sedar. Kebanyakan pelanggan tidak tahu telefon mereka sudah melanggan pakej yang tidak di perlukan. Kerana itu banyak yang kehilangan kredit tanpa mereka sedar walaupun mereka jarang menggunakan telefon inilah yang dinamakan CONTENT PROVIDER.